UPSR & SPM LEARNING CENTRE

Search

2010年7月19日星期一

Sebab-sebab memilih Malaysia sebagai tempat / destinasi pelancongan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Ramai pelancong sama ada dari luar dan dalam memilih Negara kita sebagai destinasi pelancongan. Apakah sebab-sebab rakyat Malaysia memilih untuk melancong di Negara sendiri.

Antara sebabnya ialah keindahan alam semula jadi yang menarik terdapat di Negara ini. Malaysia mempunyai hutan yang menarik dan dipenuhi dengan flora dan fauna. Tempat-tempat ini boleh menenangkan fikiran seseorang contohnya Taman Negara Endau, Rompin, Gua Niah di Sarawak dan lain-lain. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan.

Di Malaysia juga terdapat banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati contohnya negeri Melaka. Terdapat bangunan-bangunan bersejarah seperti Kota A.Famosa, tugu-tugu lama peninggalan penjajah, Muzium Negara dan lain-lain. Dengan melancong, seseorang itu juga dapat menambah ilmu pengetahuan.

Malaysia juga mempunyai pantai-pantai yang menarik. Di Pantai dan di Pulau membolehkan seseorang pelancong itu menghilangkan tekanan dan mendapat hiburan. Rakyat Malaysia yang melancong bersama keluarga boleh mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Sebagai contoh Pulau Pinang, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Port Dickson, Desaru, Kota Tinggi dan lain-lain.

Malaysia juga popular dengan pusat-pusat beli-belah yang terkenal. Contohnya Mega Mall di Kuala Lumpur, Mahkota Parade di Melaka, The Summit, Alamanda, Mid-Valley dan lain-lain. Barangan yang dijual setanding dengan luar negara. Selain itu terdapat juga pelbagai kraf tangan yang boleh dijadikan cenderamata. Pelancong sangat suka barangan Kraf tangan Malaysia kerana menarik dan harganya murah. Pada setiap tahun, diadakan promosi harga barangan dan jualan mega. Oleh itu rakyat Malaysia tidak perlu melancong ke luar Negara kerana Malaysia mempunyai segala-galanya.

Kesimpulannya, melancong di Malaysia banyak mendapat kebaikan dan dapat memajukan sektor pelancongan Negara.

没有评论:

发表评论