Keluarga ialah sebuah institusi yang terdiri daripada bapa, ibu ,anak-anak, saudara mara dan sebagainya. Sebagai seorang biasa, semua orang mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia. Saya juga ingin memiliki keluarga yang bahagia.
Keluarga impian saya mestilah mempunyai keluarga yang sempurna. Keluarga impian saya mestilah mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Sebagi contoh, bapa saya seorang tokoh korporat yang berjaya manakala ibu saya seorang usahawan yang berjaya. Segala kelengkapan dan permintaan saya akan dipenuhi oleh kedua ibu bapa saya. Mereka juga tidak mempunyai masalah untuk memberi wang yang secukupnya kepada saya apabila saya memerlukannya.
Saya mengimpikan keluarga yang mengamalkan cara hidup ajaran agama dan patuh kepada agama. Ahli keluarga saya tidak meninggalkan sembahyang, sentiasa merendah diri, suka melakukan amal Kebajikan, pemurah dan sebagainya. Tuhan akan sentiasa memberkati keluarga saya dan memberikan kami kebahagiaan hidup di dunia mahupun di akhirat.
Selain itu, keluarga impian saya mestilah saling menyayangi antara satu sama lain dan tidak mempraktikkan perasaan seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Ahli keluarga terutamanya kedu ibu bapa saya mestilah mementingkan anak-anaknya daripada urusan kerjanya. Mereka hendaklah sedia mendengar masalah saya atau adik beradik yang lain dan membantu menyelesaikan masalah tersebut. Ibu bapa saya juga perlu memantau pencapaian akademik dan sahsiah saya supaya saya tidak leka dalam mencapai hasrat mereka untuk melihat saya berjaya kelak.
Di samping itu, keluarga impian saya mestilah mempunyai latar pendidikan yang cemerlang dalam pelajaran. Misalnya, ibu bapa saya memiliki ijazah Sarjana Muda, abang dan kakak saya memiliki Ijazah dan sebagainya.
Kesimpulannya, sebagai manusia , kita menginginkan keluarga yang sempurna. Walau bagaimanapun, tidak ada manusia yang dilahirkan sempurna. Kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan.
没有评论:
发表评论