Berjimat-cermat
juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai
contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat
dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik
atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan
membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.
Selain itu, sikap berjimat-cermat akan
menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum membeli sesuatu
barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu
barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu
sahaja. Ini tentu merugikan kita.
Berjimat-cermat
juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang yang
berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja
sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan
masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.
Berjimat-cermat
juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai
contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat
dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik
atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan
membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.
Kesimpulannya,
kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat- cermat menjadi
budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita. Tambahan lagi
dapat mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah. 1.Faedah-faedah amalan
berjimat cermat.
没有评论:
发表评论