Sejak akhir-akhir ini, kes keracunan makanan semakin kerap disiarkan oleh media massa. Keracunan makanan bukan hanya berlaku di sekolah tetapi juga di rumah apabila makanan dicemari kuman. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama untuk mengatasi masalah keracunan makanan.
Antara usaha mengatasi masalah keracunan makanan adalah mengamalkan kebersihan diri dan makanan pada setiap masa. Amalan menjaga kebersihan diri dan makanan dapat mengelakkan kita terkena keracunan makanan. Masak makanan yang hendak dimakan dengan sempurna bagi memastikan tiada kuman di dalamnya. Sebagai contoh, buah-buahan dan sayursayuran perlulah dibasuh sehingga bersih sebelum dimasak atau dimakan. Jelas bahawa dengan mengamalkan kebersihan pada setiap masa dapat mengelakkan kita terkena keracunan makanan bak kata pepatah “kebersihan asas kesihatan”.
Selain itu, ibu bapa juga berperanan untuk mengatasi masalah keracunan makanan. Ibu bapa perlu mengelakkan mengajak anak-anak mereka makan di kedai ataupun warung yang kotor di tepi-tepi jalan. Hal ini kerana kita tidak pasti tahap kebersihan makanan di situ kerana mungkin terdedah kepada persekitaran yang tercemar. Sebagai contoh, makanan tersebut mungkin terdedah kepada serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lipas, lalat dan tikus. Untuk itu, amalkan budaya makan di rumah bersama-sama keluarga bagi memastikan kebersihan tahap makanan.
Pengusaha makanan mesti memastikan makanan yang disediakan bebas daripada bakteria yang menjadi punca keracunan makanan. Hal ini demikian kerana kebanyakan masyarakat terpaksa makan di luar rumah akibat kesuntukan masa bekerja. Pengusaha makanan perlu membersihkan makanan sebelum dimasak serta mengelakkan makanan yang dijual sentiasa terdedah. Sebagai contoh, peniaga kedai makanan perlu memastikan makanan mereka tidak dihinggapi lalat. Jelas terbukti bahawa peranan pengusaha makanan amat penting bagi mengatasi masalah keracunan makanan.
Masyarakat juga perlu memberikan kerjasama dalam usaha mengatasi masalah keracunan makanan bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Masyarakat harus mengambil berat tentang kedai makan yang mengabaikan kebersihan. Masyarakat harus membuat aduan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan yang segera jika ada kedai makanan yang kotor. Mereka boleh melaporkan masalah tersebut di pejabat kesihatan daerah.
Peranan kerajaan penting untuk mengatasi masalah keracunan makanan. Hal ini demikian kerana pihak kerajaan mempunyai kuasa untuk menilai tahap kebersihan sesebuah kedai. Mereka perlu melakukan pemeriksaan mengejut secara kerap di semua kedai makan tanpa perlu menunggu laporan yang dibuat. Peniaga yang bersalah perlu dkenakan hukuman berat seperti dikenakan denda dan digantung lesen perniagaan. Terbukti bahawa peranan kerajaan amat penting bagi mengatasi masalah keracunan makanan.
Kesimpulannya, isu keracunan makanan dapat diatasi jika semua pihak memainkan peranan yang sewajarnya. Semua pihak mesti mengutamakan kebersihan dalam makanan dan minuman. Usaha-usaha mengatasi masalah keracunan makanan perlu dilakukan bersungguhsungguh agar masalah ini dapat diatasi sepenuhnya.
此评论已被作者删除。
回复删除i like it..its very usefull for me..
回复删除Wth it is.....
回复删除Very useful to me😂
Thanks,very useful for me
回复删除此评论已被作者删除。
回复删除Cao**
删除Thank you for sharing
回复删除Thankfull for students
回复删除做爱好爽
回复删除Ghhjjiyc
回复删除halo in 2020
回复删除bruh
回复删除imao
lol
idk
回复删除bruh
u gay!!!!!
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeEEEEEEEeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
e
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
r0eal gay
删除haiyaaa
删除