Sekolah
ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Kawasan sekolah yang kondusif akan
mempengaruhi pelajar menuntut ilmu. kita seharusnya menjaga kebersihan dan
keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran
sekolahnya bersih dan ceria.
Salah
satu langkah cara untuk menceriakan kawasan sekolah adalah mengadakan program
bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus diadakan berkala untuk
membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah.
Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama
untuk menjaga kebersihan sekolah.
Selain
itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat
sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing. Seterusnya adalah mengadakan
taman bunga di sekolah. Program sekolah dalam taman patut diadakan dengan
menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau. Persekitaran
sekolah lebih nyaman dan berudara segar. Landskap sekolah juga patut dilengkapi
dengan kolam ikan dan gunung-gunungan buatan serta pondok untuk membaca.
Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu.
Di
samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat bangunan boleh
mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah
yang berseri- seri. Cogan kata ada menyatakan , Sekolahku Syurgaku. Dengan
bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan
berus cat. Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis mural pada
dinding sekolah. Suasana Nampak lebih cantik.
Kesimpulannya,
semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam hal
ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga
persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.
没有评论:
发表评论