Jiran
ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Jiran memberi kesan
baik atau buruk kepada kita dan keluarga. Ini kerana jiran yang baik akan
mengembirakan kita, manakala jiran yang sebaliknya akan menyebabkan kita
sengsara seperti pergaduhan dan sebagainya. Oleh itu, sewajarnyalah kita
sentiasa memupuk semangat kejiranan.
Antara
cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling tegur-menegur dan
kunjung-mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa
perayaan, jiran sakit, kelahiran anak, kenduri dan lain-lain lagi. Ini akan
mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita saling mengambil berat antara satu
sama lain.
Selain
itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan gotong-royong. Melalui
aktiviti ini, kita dapat berkenalan, bertanya khabar berbual-bual dan sebagainya.
Justeru, kita dapat mengenali jiran dengan lebih rapat lalu mengeratkan
hubungan sesama jiran.
Di
samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap masalah jiran.
Apabila jiran kita mengalami kesusahan seperti kereta rosak dan sebagainya,
kita mestilah bersedia menghulurkan bantuan sekadar mampu jika diperlukan.
Dengan itu, lahirlah sikap hormat-menghormati dan kasih.sayang.sesama.jiran.
Kesimpulannya,
kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pelbagai cara boleh kita
lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengada aktiviti hari keluarga
sesama jiran terdekat. Pupuklah semangat kejiranan agar hubungan kita dengan
jiran tetangga sentiasa aman dan harmoni. 2.Cara-cara memupuk semangat kejiranan
没有评论:
发表评论