UPSR & SPM LEARNING CENTRE

Search

2015年5月14日星期四

Contoh Karangan UPSR: Faedah-faedah mempelajari Komputer

Komputer amat penting pada masa ini kerana banyak perkara terpaksa dilakukan dengan menggunakan komputer. Oleh sebab itu, wajarlah murid-murid berusaha menguasai ilmu komputer sejak dari sekolah rendah lagi, bagi membantu mereka dalam pembelajaran.
Antara faedah mempelajari komputer ialah memudahkan kita memperoleh pelbagai maklumat yang dikehendaki. Kita boleh mencari pelbagai maklumat melalui komputer dengan melayari internet.
Selain itu, komputer juga membolehkan kita belajar dengan menggunakan perisian tertentu atau secara dalam talian. Ini memudahkan pelajar memahami pelajaran dan menambahkan minat mereka untuk terus mengikuti pelajaran. Zoom Interaktif ialah suatu kaedah pembelajaran berkomputer.
Di samping itu, kerja-kerja pendokumenan akan lebih mudah apabila dilaksanakan oleh seseorang yang mahir komputer.Tambahan pula, dengan komputer sebarang kesilapan semasa menaip dapat dibetulkan dengan lebih mudah dan pantas. Kemahiran dalam penggunaan komputer juga dapat membantu seseorang menguruskan fail atau data-data penting dengan lebih mudah dan selamat. Ini penting untuk menghindari kita daripada masalah dan kerugian akibat kehilangan data-data atau fail-fail tersebut.
Dalam pada itu, komputer juga boleh menghiburkan kita. Pelbagai aktiviti yang menghiburkan dapat dilakukan seperti bermain melalui perisian komputer. Ini boleh merehatkan minda kita setelah penat belajar, asalkan tidak dilakukan secara berlebih- lebihan hingga mengabaikan pelajaran. Aktiviti secara santai ini mampu memupuk emosi yang lebih stabil.

Kesimpulannya, mempelajari komputer mempunyai banyak faedahnya. Tambahan pula, pada masa ini banyak perkara perlu dilakukan dengan menggunakan komputer.Oleh itu, tanamkan sikap ingin mempelajari komputer agar kita tidak ketinggalan dalam arus permodenan.

Contoh Karangan UPSR: Cara-cara menceriakan kawasan sekolah

Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu. kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria.
Salah satu langkah cara untuk menceriakan kawasan sekolah adalah mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah.
Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing. Seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. Program sekolah dalam taman patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau. Persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan buatan serta pondok untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu.
Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri- seri. Cogan kata ada menyatakan , Sekolahku Syurgaku. Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis mural pada dinding sekolah. Suasana Nampak lebih cantik.

Kesimpulannya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.

Contoh Karangan UPSR: Cara-cara menggembirakan/menghormati ibu bapa

 Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia ini. Merekalah yang memberikan kita kasih sayang yang sejati hingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagiaan kita. Oleh sebab itu, wajarlah kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati mereka.
Ibu bapa juga tentu gembira apabila mendapati anak-anak mereka belajar bersungguh-sungguh. Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, kita mestilah rajin belajar agar ibu bapa kita gembira serta memperoleh masa depan.yang.lebih.cerah.
Di samping itu, kita juga haruslah membantu ibu bapa. Kita boleh membantu mereka dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mendidik adik, mengemas rumah dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan beban mereka dan ini tentu menggembirakan hati mereka.
Selain itu, kita hendaklah berusaha menjadi anak yang taat dan patuh kepada ibu bapa. Ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati mereka. Bercakap dengan sopan, bersalaman dan mencium tangan, mendengar teguran dan nasihat, mengucapkan salam dan senyum semasa berhadapan dengan mereka antara contoh kita menghormati ibu bapa. Amalkan sikap ini agar ibu bapa kita sentiasa gembira bersama anak-anak.

Kesimpulannya, sebagai seorang anak sudah pasti kita ingin melihat ibu bapa kita sentiasa gembira. Justeru, sentiasalah berazam dan berusaha untuk menggembirakan hati kedua ibu bapa agar hidup kita lebih diberkati.

Contoh Karangan UPSR : Cara-cara memupuk semangat kejiranan

Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Jiran memberi kesan baik atau buruk kepada kita dan keluarga. Ini kerana jiran yang baik akan mengembirakan kita, manakala jiran yang sebaliknya akan menyebabkan kita sengsara seperti pergaduhan dan sebagainya. Oleh itu, sewajarnyalah kita sentiasa memupuk semangat kejiranan.
Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling tegur-menegur dan kunjung-mengun­­­jungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa perayaan, jiran sakit, kelahiran anak, kenduri dan lain-lain lagi. Ini akan mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita saling mengambil berat antara satu sama lain.
Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan gotong-royong. Melalui aktiviti ini, kita dapat berkenalan, bertanya khabar berbual-bual dan sebagainya. Justeru, kita dapat mengenali jiran dengan lebih rapat lalu mengeratkan hubungan sesama jiran.
Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap masalah jiran. Apabila jiran kita mengalami kesusahan seperti kereta rosak dan sebagainya, kita mestilah bersedia menghulurkan bantuan sekadar mampu jika diperlukan. Dengan itu, lahirlah sikap hormat-menghormati dan kasih.sayang.sesama.jiran.

Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengada aktiviti hari keluarga sesama jiran terdekat. Pupuklah semangat kejiranan agar hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa aman dan harmoni. 2.Cara-cara memupuk semangat kejiranan

Contoh Karangan UPSR : Faedah-faedah amalan berjimat cermat

Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.
 Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita.
Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.
Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.

Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat- cermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita. Tambahan lagi dapat mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah. 1.Faedah-faedah amalan berjimat cermat.

Contoh Bina Ayat Dengan Nilai Murni (UPSR)

Nilai

Ayat dalam petikan/ ulasan

kita haruslah bersikap___
Kita hendaklah bersikap__
Kita mestilah bersikap__
Kita wajarlah bersikap__

1.     Prihatin,
Seperti_____/ Contohnya_____ /
Misalnya________/ umpamanya_____

1.     Melawat ke rumah murid yang miskin
2.     Mengambil berat akan murid yang lemah
3.     Membimbing murid/ rakan yang lemah
4.     mengadu sikap murid kepada ibu bapa
5.     mengadakan kelas bimbingan/ tuisyen
6.     membawa murid untuk dibubuh ubat
7.     menegur orang yang melakukan kesalahan
8.     Membantu / menolong orang
9.     Memujuk adik yang menangis
10.      Ibu bapa mengambil berat /menasihati
11.      Menanya apa yang berlaku


2.     baik hati
1.     Memberi tempat duduk kepada orang tua
2.     mengadakan kutipan derma
3.     merawat kucing yang cedera
4.     memberi makanan kepada kucing


3.     Murah hati
1.     Memberi wang / makanan ……kapada
2.     Meminjam buku kepada kawan


4.     Tidak mementingkan diri-sendiri
1.     Mengeluarkan wang simpanan untuk membiayai kos rawatan ibu


5.     Bersimpati /
belas kasihan
(mengamalkan nilai..)
1.     Bersimpati melihat anak kecil yang terbiar dan hidup melarat
2.     Berasa hiba  melihat orang tua …


6.     Saling memahami
1.     Sedar bahawa ibu bapa orang susah
7.     Berbudi bahasa
2.     Melayan dengan ramah mesra
3.     Melayan pelancong dengan baik  


8.     Ramah mesra/


1.     Memberi penerangan kepada pelancong
2.     Melayan …..dengan baik
3.     Bergaul mesra dengan rakan
4.     berbual-bual dengan tetamu
5.     saling berkunjung pada hari perayaan


9.     Kasih sayang
1.     Ibu memeluk adik
2.     Berhubung dengan datuk dan nenek


10.         Mementingkan hubungan
a.     Berhubungan baik dengan semua orang
b.     Berbaik dengan ahli keluarga
1.     bersarapan bersama-sama keluarga
2.     hubungan erat antara murid dan guru
3.     saling berkunjung pada hari perayaan


11.         Menghargai jasa
Mengenang budi
Berterima kasih
1.     Menghadiahkan ……kepada guru/ ibu bapa
2.     memikirkan pengorbanan guru
3.     Mengucapkan terima kasih


12.         bersyukur
1.     Rasa bertuah/ bersyukur/menghargai
2.     Bersyukur dapat tinggal di tempat yang selesa
3.     berasa beruntung tinggal di negara yang cantik
13.         Bersopan santun
1.     Berpakaian sopan
2.     Bercakap dengan lembut
3.     Mengucapkan selamat pagi
4.     makan dengan tertib dan tidak gelojoh.


14.         bertolak ansur
1.     bertolak ansur semasa kesesakan jalan raya


15.         Bekerjasama
1.     Guru dan murid mengemaskan gerai
16.         Suka membantu/ menolong
1.     Menolong kawan mengangkat buku
2.     menghulurkan bantuan dan pertolongan
3.     sedia memberi tunjuk ajar dan bimbingan


17.         Semangat kejiranan /


1.     Bertegur sapa dengan jiran
2.     Membantu jiran


18.         Mematuhi nasihat
Mendengar nasihat
Patuh kepada nasihat orang
Menerima nasihat
1.     Mendengar nasihat….
2.     Mengingati nasihat
3.     keras kepala (tidak menerima nasihat)


19.         Taat
1.     Menjaga ibu bapa
2.     Membantu ibu bapa
3.     Mencium tangan ibu bapa
4.     Mendengar nasihat ibu bapa
5.     berbual-bual dengan ibu bapa
6.     memelihara ibu bapa yang sudah tua
7.     mendapat persetujuan daripada ibu bapa



20.         Patriotik/cinta akan negara
1.     Bangga dengan negara
2.     Berdiri tegak semasa menyanyi lagu Negaraku





21.         Menjaga kebersihan
1.     Pakaian bersih dan kemas
2.     Mandi
3.     membasuh tangan sebelum makan
4.     membuang sampah ke dalam tong sampah
5.     Menggosok gigi
6.     ( Amin yang tidak mandi tidak harus kita contohi.)


22.         Mencintai alam sekitar
1.     “Wah , cantiknya/indahnya permandangan di …”—menghayati dan menghargai permandangan yang cantik


23.         Menjaga kesihatan
1.     Tidur awal/ rehat dan tidur cukup
2.     Makan makanan seimbang
3.     Bersarapan pagi
4.     Berjoging/ membuat senaman
24.         Menjaga …….dengan baik
1.     Menjaga buku dengan baik
25.         Menjaga keselamatan Berhati-hati / berwaspada
1.     Berbasikal dengan berhati-hati
2.     Menunggang basikal mengikut laluan yang disediakan
3.     Melintas jalan dengan melihat kiri kanan
4.     menggunakan jejantas / lintasan belang
5.     bersabar dan mengawal diri semasa memandu




26.         jujur
1.     Tidak berbohong/ berterus terang
2.     Tidak menggunakan wang orang lain
3.     Tidak mengambil harta benda orang lain
4.     memulangkan barang kepunyaan orang lain
27.         Rajin
1.     Belajar/ membuat latihan / membaca buku/ membuat ulang kaji


28.         Mencintai ilmu
1.     berehat sambil membaca akhbar
2.     membaca buku sambil menunggu bas
3.     menimba pengalaman baharu
29.         Bercita-cita tinggi/ keazaman
1.     Pemimpin membangunkan Negara
2.     Bercita-cita untuk
3.     berazam mendapatkan keputusan cemerlang
4.     memperoleh markah yang tinggi dalam ujian


30.         Ikhlas           
1.     Tidak mengharapkan balasan
2.     Ikhlas menghulurkan tangan
3.     pura-pura berbuat baik (tidak ikhlas)
31.         Rajin /
ringan tulang
1.     Belajar bersungguh-sungguh
2.     Membuat latihan
3.     Membaca buku
4.     Cemerlang dalam pelajaran
5.     Rajin bercucuk tanam / rajin berbudi kepada tanah


32.         Bertanggungjawab
1.     Mendukung adik / menjaga adik/menjaga ibu bapa..
2.     mengangkat pinggan ke singki selepas makan
3.     Membantu keluarga
4.     Polis trafik menjalankan tugas
5.     Menyiapkan tugasan/ latihan/ kerja
6.     Membeli …..untuk anak
7.     Doktor memeriksa…..dengan teliti
8.     Menjaga buku yang dipinjam dengan baik
9.     menyara keluarga
10.                        (melarikan diri apabila melanggar orang) tidak harus kita contohi.



33.         Berdisiplin /
mematuhi peraturan
mematuhi undang-undang
1.     Berbaris/ tidak berebut-rebut / tidak membuat bising
2.     Memandu dengan cermat
3.     mematuhi lampu isyarat
4.     berebut-rebut ketika hendak membeli makanan (tidak mematuhi peraturan)
5.     bermain judi


34.         Memberi perhatian semasa orang bercakap
1.     Mendengar dengan teliti
35.         Menghargai masa/
Mementingkan masa
1.     Tidak mahu terlewat/ tidak melengah-lengah
2.     Bangun pagi
3.     Membaca buku sementara menunggu bas..
4.     Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah contohnya bercuti di Taman Negara.
5.     menghabiskan masa dengan bermain (tidak menghargai masa)
36.         Yakin diri
1.     Mereka cipta
2.     Bercerita/ berlakon / bersyarahan/membuat persembahan


37.         Berani
1.     Menaiki jambatan gantung walaupun berasa gayat
2.     Berani menentang musuh Negara
3.     untuk menyelamatkan orang


38.         Tabah
1.     Tabah menghadapi kesusahan


39.         Berjimat-cermat
1.     Menyimpan wang belanja
2.     Membawa bekal ke sekolah
3.     Menutup lampu eletrik sebelum keluar rumah


40.         Insaf akan kesalahan
1.     insaf dan menyesal atas kesalahan
41.         Bersedia
1.     membuat persiapan awal
2.     kelam-kabut (tidak bersedia)
3.     tidak dapat menjawab soalan-soalan yang diberi (tidak bersedia)