UPSR & SPM LEARNING CENTRE

Search

2014年5月5日星期一

langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi isu warga tua yangterbiar.

Peringkat umur tua merupakan peringkat akhir dalam perkembangan biologi manusia.Keadaan ini menyebabkan ketika inilah pelbagai masalah boleh berlaku terutama yangmenyentuh aspek emosi dan kesihatan seseorang itu. Oleh itu, ada pelbagai tindakan yang boleh diambil oleh remaja untuk menangani kemelut warga tua ini.

Sudah pasti pemupukan pendidikan asas terutama didikan agama mampu menyelesaikansebahagian besar masalah warga ini. Remaja yang menerima pendidikan asas agama yangkukuh sudah pasti akan lebih menghormati golongan tua ini lalu memberikan perhatian akankehidupan mereka. Hubungan antara ahli keluarga juga akan menjadi lebih erat dan mesra.Jadi, remaja harus memiliki didikan yang sempurna.

Bagaimanakah didikan ini harus wujud? Sudah pasti ibu bapa berperanan untuk memberi panduan yang benar kepada remaja. Ibu bapa perlu menjelaskan kepada anak-anak akan pentingnya menghormati warga tua kerana setiap manusia akan menempuh alam tuamereka yang tersendiri. Kejayaan ibu bapa mendidik anak dengan baik memastikan satugolongan remaja yang melihat warga tua bukan sebagai satu masalah sebaliknya satu amanahyang harus dilaksanakan tanpa banyak soal.

Selain itu, media massa juga mempunyai peranan yang tersendiri dalam menyelesaikanmasalah yang semakin kritikal ini. Penyiaran lebih banyak program dan siaran yang berunsur positif akan warga tua mampu merapatkan jurang antara remaja dan warga emas ini. Keadaanini mampu menimbulkan satu kesedaran yang mendalam dalam diri remaja untuk membantuwarga tua tanpa sebarang alasan.

Sistem pendidikan yang lebih holistik dilaksanakan oleh pihak kerajaan sepertimengadakan lawatan sambil belajar ke rumah orang tua. Biasanya pelajar di sekolah hanya mendengar sahaja nasihat guru tentang peranan mereka membantu warga tua tanpa melihatcontoh yang sebenarnya. Maka, lawatan ke rumah jagaan orang tua sudah pasti memberikan pengalaman sebenar kepada remaja akan kehidupan warga ini lalu timbulah keinsafan dalamdiri remaja itu sendiri.

Kesimpulannya, jurang pemisah antara generasi muda dan tua semakin ketara terutamadalam era moden ini. Semua pihak sama ada masyarakat dan kerajaan harus mengenal pastilangkah-langkah yang lebih praktikal untuk menangani kemelut warga tua ini. Kita harussedar warga tualah yang telah membangunkan negara ini lalu menjadikan kehidupan generasimuda selepas mereka lebih mudah dan selesa. Kita harus hargai jasa mereka.

没有评论:

发表评论