UPSR & SPM LEARNING CENTRE

Search

2014年5月6日星期二

KECUAIAN PENGGUNA MERUPAKAN FAKTOR KEMALANGAN JALAN RAYA

Marcapada ini, surat khabar sering melaporkan berita-berita tentang kemalangan jalan raya yang berlaku di negara kita. Kemalangan jalan raya ini bukan sahaja melibatkan penunggang motosikal, pengguna kenderaan, pejalan kaki dan sebagainya. Hal ini berpunca daripada berbagai-bagai faktor. Antaranya ialah faktor jalan raya, masalah kenderaan dan kecuaian pengguna. Bak kata peribahasa, seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
           
Punca utama berlakunya kemalangan jalan raya sememangnya sikap pengguna itu sendiri. Pemandu atau pengguna sering melanggar peraturan jalan raya sesuka hati. Sebagai contohnya, ramai pelajar tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke sekolah. Apabila berlaku kemalangan sudah tentu mereka akan cedera. Tegasnya, sikap kecuaian pengguna ini tidak seharusnya diamalkan oleh masyarakat kerana malang tidak berbau.
           
Selain itu, pengguna jalan raya sering cuai dan tidak mematuhi peraturan jalan raya. Ini kerana mereka sengaja melanggar lampu trafik di jalan raya. Mereka juga melintas jalan dengan sesuka hati. Akibatnya, kemalangan boleh berlaku. Oleh itu, kita perlulah cegah sebelum parah.
           
Di samping itu, terdapat pemandu yang mengantuk semasa memandu. Ini kerana mereka tidak cukup tidur atau mabuk. Akibatnya mereka tidak dapat mengawal kenderaan dengan baik. Jika ini berlaku, sudah tentu akan terjadi kemalangan. Oleh itu, apabila kita mengantuk, kita hendaklah berehat dahulu supaya dapat memandu dengan baik.
           
Kecuaian lain ialah sikap pengguna jalan raya yang tidak memeriksa kenderaan. Sebagai contoh, pemandu tidak memeriksa tayar yang telah haus dan brek yang rosak. Akibatnya, apabila jalan licin, kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik. Oleh itu, kita hendaklah memastikan kenderaan dalam keadaan baik semasa di jalan raya. Bak kata peribahasa, sediakan payung sebelum hujan.
           
Kesimpulannya, pengguna yang cuai boleh menyebabkan kemalangan jalan raya di negara kita. Oleh itu, semua pihak hendaklah bekerjasama untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Jika kita memandu secara berhati-hati, kita akan selamat sampai ke destinasi. Tegasnya, Pandu Cermat Jiwa Selamat.

没有评论:

发表评论