UPSR & SPM LEARNING CENTRE

Search

2014年5月6日星期二

Memahami Konsep 1 Malaysia

Untuk menjayakan wawasan 1 Malaysia, negara memerlukan orang yang berintegriti tinggi, bersifat jujur, berkebolehan, telus, ikhlas dan sikap amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara. Oleh itu,kita harus bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Remaja yang cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang,mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada negara.Sebagai remaja yang berwawasan,kita harus bersikap muhibbah kepada semua kaum, segenap bangsa dan seluruh agama yang berlainan daripada kita. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia terutamanya remaja,tanpa mengira usia keturunan dan anutan agama, perlu bertindak sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia.

Jika kita semua boleh berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia. Lihat sahaja negara matahari terbit Jepun, dan juga Korea: Sifat rakyatnya yang mempunyai hanya satu hala tuju berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia mesti kita contohi.

1Malaysia adalah gagasan yang mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah identiti kaum-kaum tersebut. Di samping menjaga kepentingan semua kaum,konsep 1Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pewujudan sebuah Bangsa Malaysia.Oleh itu kita semua tidak harus bersikap memilih kawan berdasarkan kaum dan perlu saling hormat menghormati sesama kita sebagai rakyat dalam satu negara. Turut serta menghormati perayaan kaum lain juga merupakan salah satu peranan yang boleh dilakukan bagi mewujudkan perpaduan .Selain dapat mengeratkan hubungan sesama kaum,kita juga dapat mengenali dengan lebih dekat tentang perayaan,adat serta budaya kaum lain.

Malahan 1Malaysia juga menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu asset atau kelebihan yang patut dibanggakan. Konsep 1Malaysia menekankan kepada pendidikan sebagai prasyarat yang penting. Negara kita Malaysia amat memerlukan masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan untuk membangunkan negara. Oleh itu, anda sebagai remaja harus lebih banyak membaca dan menyelidik di samping sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan kaum lain bagi mengadakan aktiviti bersama.

Kesimpulannya, konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagai mana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Sehubungan dengan itu,remaja perlu memahami dan mengamalkan ideologi bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara. Manakala,semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

没有评论:

发表评论