UPSR & SPM LEARNING CENTRE

Search

2014年11月2日星期日

Contoh Karangan SPM - kepentingan aktiviti bergotong-royong

KARANGAN RANGSANGAN 15
Liha gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan aktiviti bergotong-royong. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Kepentingan Aktiviti Bergotong-royong
Pengenalan
Masyarakat di Malaysia memang terkenal dengan sikap bantu –membantu antara satu sama lain.
  • justeru,pelbagai kaum di negara kita dapat hidup dalam suasana yang harmoni.
  • aktiviti bergotong-royong yang diadakan mendapat sambutan daripada pelbagai kaum.
  • menyambut baik aktiviti yang dibuat oleh rakan-rakan mereka
Idea-idea Utama
Antara manfaat aktiviti ini dapat meningkatkan perpaduan yang sedia ada di negara kita.
  • pelbagai kaum turun padang untuk menjayakannya.
  • pada masa yang sama pekerjaan yang berat akan menjadi ringan dan mudah disiapkan.
  • penduduk bersama-sama membersihkan sesuatu pekerjaan yang telah diagih-agihkan.
Dalam pada itu, bergotong-royong mampu mengeratkan tali silaturahim. Penduduk bertukar-tukar idea dan pandangan.
  • kemesraan wujud dan akhirnya membina hubungan yang erat tanpa mengira bangsa dan agama.
  • keharmonian hidup dapat dikecapi sampai bila-bila
Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada masa hadapan terus berjalan dengan lancar.
  • melalui gotong-royong masyarakat dapat bertukar-tukar idea dan pandangan
  • mengenali lebih rapat antara satu sama lain dan tidak kekok atau segan silu berganding bahu tanpa mengira kaum
Pelbagai aktiviti sampingan yang lain pasti akan terbentuk melalui aktiviti gotong-royong.
  • program rukun tetangga,hari keluarga dan rumah terbuka antara contoh yang terbaik.
  • menghulurkan tenaga,idea dan wang ringgit dalam menzahirkannya
PENUTUP
Akhirul kalam , bergotong – royong amalan yang mulia.
  • warisan nenek moyang ini biarlah dipulihara agar generasi yang datang terus mengamalkannya.
  • tidak rugi mengeluarkan setitis peluh yang mana kebaikannya seluas lautan

没有评论:

发表评论