UPSR & SPM LEARNING CENTRE

Search

2014年11月2日星期日

ANALISIS SOALAN KARANGAN SPM

ANALISIS SOALAN KARANGAN BERPANDU (2005 – 2014)

TAHUNSOALAN
JUNNOV
2005
Gejala vandalisme
2006
Sijil Pelajaran MalaysiaSemangat patriotik, PLKN dan tokoh yang berjasa
2007
Aktiviti masa lapangTanggungjawab menjaga kebersihan
2008
Kegiatan dalam bidang pertanianPunca-punca pencemaran sungai
2009
Bantuan kepada mangsa banjirAktiviti badan beruniform serta faedah-faedahnya
2010
Punca pencemaran udaraGrafik penjagaan kesihatan - Cara-cara menjalani kehidupan yang sihat
2011
Kepentingan pengangkutan awamFaedah-faedah belajar secra berkumpulan
2012
Faedah-faedah menggunakan perpustakaanAktiviti sambutan Hari Kebangsaan di sekolah
2013
Langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan rayaKepentingan memelihara dan memulihara bangunan-bangunan bersejarah di negara kita
2014
Langkah-langkah menjaga keselamatan kanak-kanak
STATISTIK KARANGAN SPM (2004 – 2013)
KATEGORI KARANGAN SPM 2004 – 2013
KATEGORI DIRI / INDIVIDU / REMAJA
TAHUNSOALAN
2004 (N)Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga yang memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman. Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut
2005 (J)Pelbagai cabaran perlu anda hadapi sebelum sesuatu cita-cita itu dicapai. Jelaskan cabaran-cabaran tersebut serta langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk mengatasinya.
2005 (N)Remaja memang suka mengikut trend semasa dari segi gaya hidup dan berpakaian. Trend ini akan mempengaruhi budaya hidup masyarakat Malaysia pada masa akan datang. Ulas pernyataan di atas
2006 (J)Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk syarahan anda ialah “Amalan Gaya Hidup Sihat”. Sediakan teks syarahan anda selengkapnya
2006 (N)Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) penting dalam kehidupan pada masa ini. Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menguasai kemahiran ICT
2007 (J)Setiap individu perlu mengamalkan sifat berjimat-cermat. Huraikan cara-cara anda melaksanakan amalan ini.
2007 (N)Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan anda ialah ’Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti’. Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.
2008 (J)Kitar semula merupakan satu daripada kaedah pengurusan bahan terbuang. Jelaskan kebaikan-kebaikan amalan kitar semula
2008 (N)Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk menyediakan satu laporan tentang Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan di sekolah anda. Sediakan laporan itu selengkapnya
2009 (J)bagi memastikan anda berjaya dalam temu duga tersebut. Anda telah memohon biasiswa setelah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Sehubungan dengan itu, anda perlu menghadiri temu duga bagi mendapatkan biasiswa tersebut. Jelaskan perkara-perkara yang perlu anda lakukan
2009 (N)Aktiviti bercucuk tanam untuk keperluan harian di sekitar kawasan rumah seperti penanaman cili, serai dan sayur-sayuran perlu digalakkan dalam kalangan masyarakat. Huraikan kebaikan-kebaikannya
2010 (J)Anda telah menyertai satu pasukan sukarelawan yang membantu mangsa bencana alam. Ceritakan pengalaman anda semasa menjalankan tugas tersebut.
2010 (N)Anda telah dilantik sebagai pengawas sekolah. Sebagai pengawas, bincangkan peranan anda untuk membantu pihak sekolah membentuk murid yang berdisiplin.
2011 (J)Setiap individu digalakkan supaya mempunyai bagi mengisi masa lapang. Huraikan faedah-faedah yang diperoleh daripada sesuatu hobi.
2011 (N)Setiap individu perlu mempunyai wawasan untuk mencapai cita-citanya. Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk merealisasikan cita-cita anda.
2012 (J)Kerjaya anal lebih baik ditentukan oleh anak sendiri.
2012 (N)Setiap tahun sekolah anda menganjurkan pelbagai program motivasi dan anda sering terlibat dalam program-program tersebut. Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai program motivasi.
2013 (J)Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Begitulah tingginya nilai kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa terhadap anak-anak. Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
2013 (N)Akhlak yang terpuji amat penting dalam kehidupan. Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk membentuk akhlak yang terpuji dalam diri seseorang.
2014 (J)Penduduk di tempat anda tinggal telah megadakan majlis sambutan hari keluarga. Ceritakan penglibatan anda menjayakan majlis Hari Keluarga di tempat anda tinggal.
2014 (N)??
KATEGORI SERANTAU/ GLOBAL/ ANTARABANGSA
TAHUNSOALAN
2004 (N)Dunia hari ini penuh dengan persaingan. Untuk mendapatkan pekerjaan, kelulusan akademik semata-mata tidak cukup. Banyak faktor lain yang perlu dikuasai untuk membolehkan seseorang itu berjaya dalam kerjaya yang akan diceburi sesuai dengan perkembangan dunia tanpa sempadan. Tulis sebuah rencana tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar untuk menghadapi persaingan kerja pada masa akan datang.
2005 (J)Hubungan baik antara Malaysia dengan negara-negara jiran wajar dipelihara. Bincangkan.
2005 (N)Pada masa ini, persengketaan dan peperangan masih berlaku di beberapa tempat. Hal ini telah menjejaskan keharmonian sosial dan perkembangan ekonomi dunia. Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.
2006 (J)Malaysia mementingkan kesejahteraan dan keamanan dunia sejagat. Oleh sebab itu, kita tidak menyokong sebarang bentuk keganasan dan peperangan sebagai jalan penyelesaian sesuatu masalah. Huraikan peranan yang wajar dimainkan oleh negara kita untuk terus mengekalkan kesejahteraan dan keamanan dunia.
2006 (N)Masalah jerebu yang berlaku dirantau ini dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama dengan negara-negara jiran. Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani masalah tersebut.
2007 (J)Anda mengambil bahagian dalam pertandingan bahas di peringkat daerah. Tajuk perbahasan itu ialah ’ Kemasukan Pekerja Asing Membawa Kebaikan Kepada Negara’. Tulis hujah-hujah anda sebagai pencadang dalam pertandingan itu.
2007 (N)Kemiskinan masih menjadi masalah utama di kebanyakan negara, walaupun terdapat banyak negara kaya di dunia. Sarankan bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh negara-negara kaya untuk membantu negara-negara miskin.
2008 (J)Rakyat Malaysia yang berada di luar negara dapat memainkan peranan untuk mempromosikan negara kita dalam pelbagai aspek pada peringkat antarabangsa. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
2008 (N)Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
2009 (J)TIADA
2009 (N)Pemanasan global telah menjadi isu antarabangsa.Sehubungan dengan itu,anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah ‘Kesan-kesan pemanasan global terhadap bumi dan hidupannya’ Tulis rencana itu selengkapnya.
2010 (J)Semua pemimpin negara wajar menjalin hubungan baik antara satu sama lain. Jelaskan manfaat-manfaat yang diperoleh melalui hubungan baik antara para pemimpin dunia.
2010 (N)Penyakit berjangkit seperti selsema burung, influenza A (H1N1) dan meningitis atau radang otak telah menjadi isu global. Huraikan langkah-langkah yang per;u diambil oleh negara-negara di dunia untuk menangani wabak penyakit tersebut.
2011 (J)Malaysia berhasrat untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan antarabangsa. Jelaskan langkah-lanhkah yang perlu dilakukan untuk merealisasiakan hasrat tersebut.
2011 (N)Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) membolehkan masyarakat dunia kini berkomunikasi dan memperoleh pelbagai maklumat dengan mudah, cepat dan murah. Bincangkan.
2012 (J)Penduduk dunia sering diancam bencana alam seperti banjir, kemarau, gempa bumi dan tsunami. Huraikan bantuan-bantuan yang perlu dihulurkan oleh negara-negara di dunia kepada negara-negara yang menghadapi bencana tersebut.
2012 (N)Produk makanan halal Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai produk yang terjamin kebersihan dan kesuciannya. Jelaskan kebaikan-kebaikan yang diperoleh melalui penghasilan produk makanan halal ini.
2013 (J)Anda ingin menyertai pertandingan pidato yang diadakan sempena sambutan Hari Keamanan Sedunia. Tajuk pidato anda ialah “Keamanan Dunia Milik Masyarakat Sejagat’. Tulis teks pidato anda itu selengkapnya.
2013 (N)Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa membawa pelbagai kebaikan kepada Negara penganjur. Bincangkan.
2014 (J)Perubahan cuaca dunia yang tidak menentu perlu diberikan perhatian. Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan pada antarabangsa untuk menangani perkara tersebut.
2014 (N)??
KATEGORI MASYARAKAT/ KERAJAAN/ NEGARA
TAHUNSOALAN
2004 (N)Anda mempunyai tokoh sanjungan kerana pencapaian cemerlang tokoh tersebut dalam bidang yang diceburinya. Tokoh sanjungan ini menjadi pendorong untuk anda mencapai kejayaan dalam kehidupan. Nyatakan tokoh sanjungan anda itu dan jelaskan sebab-sebab kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada anda untuk mencapai kecemerlangan.
2005 (J)Anda akan menyertai pertandingan syarahan sempena Kempen Budi bahasa dan Nilai-Nilai Murni. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ” Budi Bahasa Amalan Mulia” Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.
2005 (N)Pencapaian beberapa jenis sukan di negara kita perlu ditingkatkan. Sehubungan itu, Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan perlu mengatur strategi bagi mengembalikan kegemilangan mutu sukan negara. Tulis rencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan bagi meningkatkan mutu sukan negara.
2006 (J)Masyarakat berperanan penting bagi mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara kita. Jelaskan aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh masyarakat untuk menjayakan hasrat tersebut.
2006 (N)Industri pertanian memberikan sumbangan yang semakin penting dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak dalam memajukan industri pertanian di negara kita
2007 (J)Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjayakan kempen antimerokok yang telah dilancarkan oleh kerajaan. Sebagai rakyat yang prihatin, anda ingin menulis sebuah rencana dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana itu ialah ‘Kesan Buruk Tabiat Merokok Terhadap Kesihatan ’. Tulis rencana itu selengkapnya.
2007 (N)Kerajaan telah menubuhkan banyak institusi pendidikan berasaskan kemahiran seperti Kolej Komuniti, institut Latihan Perindustrian dan Pusat Giat Mara. Antara tujuannya termasuklah untuk melatih golongan belia supaya lebih bersedia dalam menghadapi alam pekerjaan. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
2008 (J)Anda mewakili sekolah dalam pertandingan pidato peringkat negeri. Tajuk pidato ialah ‘Dadah Membawa Padah’. Tulis teks pidato itu selengkapnya.
2008 (N)Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan negara. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit ini dan langkah-langkah bagi menanganinya.
2009 (J)Aktiviti sukan lasak seperti berkhayak, berbasikal lasak dan memanjat dinding semakin menarik minat masyarakat. Huraikan kebaikan-kebaikan menyertai aktiviti sukan lasak.
2009 (N)Pengetahuan tentang sejarah penubuhan negara kita amat penting difahami oleh setiap rakyat demi memupuk rasa cinta akan negara. Jelaskan pernyataan di atas.
2010 (J)Isu kenaikan harga barang keperluan harian perlu ditangani kerana kenaikan itu menimbulkan pelbagai kesan terhadap rakyat di negara ini. Tulis sebuah rencana yang bertajuk ‘Peranan pelbagai pihak dalam mengatasi isu kenaikan harga barang’.
2010 (N)Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup bersatu dan maju Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita selamat bertakhta. Lirik lagu Negaraku di atas antaranya menyentuh soal perpaduan, kesyukuran dan taat setia rakyat kepada raja dan negara. Huraikan peranan setiap rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara sebagaimana yang dihasratkan dalam lirik tersebut.
2011 (J)Industri kraftangan seperti anyaman, ukiran dan tenunan semakin berkembang dan mendapat perhatian. Sehubungan itu anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk ‘Potensi Industri Kraftangan di Malaysia’. Tulis rencana itu selengkapnya.
2011 (N)Anda telah menyertai pertandingan syarahan di sekolah anda. Tajuk syarahan anda ialah ’Perpaduan Rakyat Asas Kemajuan dan Kemakmuran negara’. Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya.
2012 (J)1. Pertambahan saluran televisyen seperti NTV 7, TV8 dan Astro amat mempengaruhi kehidupan masyarakat di negara kita. Berikan pendapat anda tentang kebaikan dan keburukannya. 2. Anda ingin menyertai satu pertandingan syarahan bersempena dengan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Tajuk syarahan anda ialah ’Pertanian Satu Perniagaan’.
2012 (N)Gunakanlah bahasa kebangsaan kita Marilah amalkan ramai-ramai Bahasalah menyatukan kita semua Yakinkan bahasa jiwa bangsa. Rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu ‘Bahasa Jiwa Bangsa”. Huraikan kepentingan bahasa kebangsaan kepada Negara kita.
2013 (J)Hasrat kerajaan untuk mencapai status Negara maju memerlukan persediaan dalam pelbagai aspek. Jelaskan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk merealisasikan hasrat tersebut.
2013 (N)Malaysia berhasrat untuk melahirkan rakyat berminda kelas pertama, iaitu rakyat yang berilmu, bersahsiah terpuji dan mempunyai daya saing yang tinggi. Huraikan kebaikan-kebaikan yang diperoleh jika Negara kita mempunyai rakyat berminda kelas pertama.
2014 (J)Perkembangan pelbagai bidang industri di Negara kita seperti industri automotif, perbankan dan pelancongan telah membuka banyak pekerjaan kepada rakyat. Ulas pernyataan di atas.
2014 (N)??
DIMENSI KELUARGA
TAHUNSOALAN
2004 (N)Anda akan mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah ” Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni ”
Tulis syarahan itu selengkapnya.
2005 (J)Ada pihak yang berpendapat bahawa masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada kegagalan institusi keluarga.
Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.
2005 (N)Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah.
Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
2006 (J)Peranan ibu bapa, sokongan ahli keluarga dan usaha diri sendiri banyak mempengaruhi kejayaan seseorang pada masa depan.
Berikan komen anda tentang pernyataan di atas.
2006 (N)Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa mereka kepada kita tidak ternilai harganya. Sempena sambutan Hari Keluarga, anda diminta untuk menyampaikan ceramah bertajuk ”Menghargai Jasa Ibu Bapa”
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.
2007 (J)Keluarga anda mengadakan majlis rumah terbuka bersempena dengan sambutan hari perayaan. Ramai saudara, rakan dan jiran mengunjungi majlis tersebut.
Jelaskan kebaikan-kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka.
2007 (N)Pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu banyak membawa kebaikan kepada keluarga dan negara.
Jelaskan kebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu
2008 (J)Hubungan baik antara ahli keluarga dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga. Bincangkan.
2008 (N)Setiap orang ingin akan kawasan petempatan yang terancang untuk tinggal bersama-sama keluarga tersayang.
Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga.
2009 (J)Anda mengambil bahagian dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk yang anda pilih ialah ‘Keluarga Bahagia Penentu Kecemerlangan Anak-Anak’.
Tulis syarahan itu selengkapnya.
2009 (N)Ibu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna. Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan mereka itu tercapai.
2010 (J)Amalan meraikan hari-hari istimewa seperti Hari Ibu,Hari Bapa dan hari lahir setiap ahli keluarga semakin popular dalam kalangan masyarakat di negara kita. Huraikan kepentingan meraikan hari tersebut.
2010 (N)
Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.
Situasi seperti yang di atas seharusnya tidak berlaku dalam sesebuah masyarakat.
Jelaskan tanggungjawab yang sepatutunya dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa.
2011 (J)Sesetengah pihak berpendapat bahawa ibu bapa kurang memberikan perhatian kepada anak-anak yang meningkat remaja berbanding dengan perhatian yang diberikan semasa anak-anak di sekolah rendah.
Berikan komen anda.
2011 (N)Perlakuan negatif seperti pergaulan bebas, merokok dan melepak dalam kalangan remaja semakin membimbangkan semua pihak. Huraikan peranan keluarga bagi menangani masalah ini.
2012 (J)Kerjaya seseorang anak lebih baik ditentukan oleh anak itu sendiri daripada ditentukan oleh ibu bapa. Bincangkan.
2012 (N)Kebersihan kawasan sekitar penting untuk kesihatan dan keselesaan hidup. Walaubagaimanapun, masih terdapat segelintir anggota masyarakat yang mengabaikan aspek kebersihan ini. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk ‘Menjaga Kebersihan Tanggungjawab Kita Bersama’. Tulis rencana itu selengkapnya.
2013 (J)Masyarakat pada masa ini dikatakan kurang bersenam dan bersukan.
Huraikan usaha-usaha yan dapat dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menggalakkan masyarakat bersenam dan bersukan.
2013 (N)Amalan pengambilan makanan segera dan makanan ringan kurang sesuai untuk kesihatan anak-anak yang sedang membesar. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk ”Peranan ibu bapa dalam mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan dalam kalangan anak-anak. Tuliskan rencana itu selengkapnya.
2014 (J)Penjagaan terhadap warga tua sepatutnya diberikan keutamaan oleh ahli keluarga. Berikan hujah-hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas.
2014 (N)??
KATEGORI SASTERA
TAHUNSOALAN
2004 (N)Masyarakat Malaysia masih kurang memberikan pengiktirafan kepada golongan yang terlibat dalam bidang sastera berbanding dengan masyarakat negara maju.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memartabatkan golongan ini.
2005 (J)Sastera tradisional seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan cerita rakyat semakin kurang diminati.
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk mempopularkan sastera tradisional ini.
2005 (N)”Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” bermaksud perpaduan dapat diwujudkan melalui kerjasama anggota masyarakat.
Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, tulis cerpen yang menggambarkan kerjasama dalam kehidupan masyarakat majmuk.
2006 (J)Remaja kini kurang berminat untuk membaca karya yang bertemakan semangat patriotik.
Berikan saranan anda bagaimana untuk menggalakkan remaja supaya membaca karya-karya yang bertemakan semangat patriotik.
2006 (N)Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya sastera dapat membentuk peribadi yang baik dalam kalangan pembaca.
Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.
2007 (J)Pembacaan karya-karya sastera dapat meningkatkan penguasaan bahasa, kemahiran menghasilkan karya kreatif dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri murid. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
2007 (N)Tulis sebuah cerpen atau skrip drama yang berakhir dengan dialog di bawah.
Adam : Aku menyesal; segala-gala yang aku lakukan selama ini memang salah !
Haris : Syukurlah, engkau telah sedar! Masih belum terlambat untuk engkau kembali ke pangkal jalan
2008 (J)Peribahasa ’ Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam’ membawa maksud bahawa orang yang kurang pandai kalau rajin belajar akan berjaya juga akhirnya.
Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa di atas.
2008 (N)Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa.

Pantun di atas menjelaskan bahawa budi bahasa penting dalam kehidupan manusia. Bincangkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat.
2009 (J)TIADA
2009 (N)Anda telah membaca sebuah novel yang mengandungi banyak pengajaran.Berdasarkan novel tersebut,jelaskan pengajaran-pengajaran yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan.
2010 (J)Jika ilmu dikaji teliti
Di sungai cabaran tersedia titi

Ilmu dituntut dengan tabah
Yakin diri bertambah-tambah

Petikan gurindam menggambarkan ilmu sangat penting dalam kehidupan. Bincangkan kelebihan orang yang menguasai pelbagai imu.
2010 (N)2010 (N) Peribahasa ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’ membawa maksud bahawa jika ada azam dan usaha, pasti ada kejayaan.
Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa tersebut.
2011 (J)Pula Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga


Pantun di atas bermaksud budi dan jasa baik seseorang akan tetap dikenang walaupun sudah meninggal dunia. Tuliskan sebuah cerita berdasarkan maksud pantun tersebut.
2011 (N)Cari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat.
Cari olehmu akan kawan,
Pilih segala orang setia kawan.


Petikan gurindam di atas menjelaskan memilih sahabat. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri sahabat yang baik.
2012 (J)Peribahasa ’Bertangguh itu pencuri masa’ membawa maksud bahawa melengah-lengahkan sesuatu pekerjaan itu akan merugikan diri-sendiri. Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, jelaskan kepentingan-kepentingan menguruskan masa dengan baik.
2012 (N)Peribahasa ‘Air dicincang tidak akan putus’ bermaksud bahawa hubungan kekeluargaan tidak akan terputus walaupun berlaku perselisihan faham antara anggota keluarga. Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.
2013 (J)Anda telah menonton sebuah drama yang disiarkan di televisyen. Drama tersebut meninggalkan kesan yang mendalam kepada anda. Ulas aspek-aspek drama tersebut yang meninggalkan kesan kepada anda.
2013 (N)Anda ingin menulis sebuah cerita yang bertemakan penghargaan terhadap jasa guru untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Tuliskan cerita tersebut selengkapnya.
2014 (J)Negara kita yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, kaya dengan pelbagai budaya seperti makanan, pakaian, tarian dan alatan muzik.
Bincangkan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk memastikan generasi muda dapat mengamalkan, menghormati dan menghargai kepelbagaian budaya ini.
2014 (N)??

没有评论:

发表评论