KARANGAN RANGSANGAN 15
Liha gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan aktiviti bergotong-royong. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Kepentingan Aktiviti Bergotong-royong
Pengenalan
Masyarakat di Malaysia memang terkenal dengan sikap bantu –membantu antara satu sama lain.
- justeru,pelbagai kaum di negara kita dapat hidup dalam suasana yang harmoni.
- aktiviti bergotong-royong yang diadakan mendapat sambutan daripada pelbagai kaum.
- menyambut baik aktiviti yang dibuat oleh rakan-rakan mereka
Idea-idea Utama
Antara manfaat aktiviti ini dapat meningkatkan perpaduan yang sedia ada di negara kita.
- pelbagai kaum turun padang untuk menjayakannya.
- pada masa yang sama pekerjaan yang berat akan menjadi ringan dan mudah disiapkan.
- penduduk bersama-sama membersihkan sesuatu pekerjaan yang telah diagih-agihkan.
Dalam pada itu, bergotong-royong mampu mengeratkan tali silaturahim. Penduduk bertukar-tukar idea dan pandangan.
- kemesraan wujud dan akhirnya membina hubungan yang erat tanpa mengira bangsa dan agama.
- keharmonian hidup dapat dikecapi sampai bila-bila
Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada masa hadapan terus berjalan dengan lancar.
- melalui gotong-royong masyarakat dapat bertukar-tukar idea dan pandangan
- mengenali lebih rapat antara satu sama lain dan tidak kekok atau segan silu berganding bahu tanpa mengira kaum
Pelbagai aktiviti sampingan yang lain pasti akan terbentuk melalui aktiviti gotong-royong.
- program rukun tetangga,hari keluarga dan rumah terbuka antara contoh yang terbaik.
- menghulurkan tenaga,idea dan wang ringgit dalam menzahirkannya
PENUTUP
Akhirul kalam , bergotong – royong amalan yang mulia.
- warisan nenek moyang ini biarlah dipulihara agar generasi yang datang terus mengamalkannya.
- tidak rugi mengeluarkan setitis peluh yang mana kebaikannya seluas lautan
没有评论:
发表评论